Beri bayangan macam dah lama tak jumpa, Abby Abadi peluk model seiras dengan Marissa Dania

Pelakon, Abby Abadi memberi bayangan bahawa dirinya sudah lama tidak bertemu dengan anak perempuannya iaitu Marissa Dania. Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan memuat naik momen dirinya yang sedang menjalani sesi penggambaran bagi sebuah jenama pakaian bersama model yang dikenali sebagai Era Sazeli. Klik sini untuk lihat video.

Apa yang menjadi perhatian ialah, pelakon yang terkenal menerusi siri drama ‘Gerak Khas’ ini menyifatkan raut wajah Era seakan mirip sekali dengan Marissa. Abby juga dilihat memeluk Era di akhir video sambil memaklumkan betapa dia merindui anak perempuannya itu. “Ahamdulillah. Selesai ‘photoshoot’ hari ini. Tinggal lagi beberapa helai baju (untuk photoshoot), baru perasan wajah adik ini mcm anak saya. Last (saya) pelukk itu sebab tiba-tiba datang rindu. Ya hanya rindu?”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sedih dan sebak mereka membaca luahan rindu Abby kepada Marissa. Terdahulu, Marissa dilaporkan bersalin secara pra matang namun bayi itu tidak bertahan lama dan meninggal dunia selepas dilahirkan. Berita itu meraih perhatian apabila Abby memaklumkan bahawa dia sama sekali tidak mengetahui mengenai pemergian cucu sulungnya itu.

Malah, Abby juga mendakwa dia tidak mendapat sebarang berita daripada Marissa berhubung perkara itu. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *