Proses Ivf diganggu, Isteri pertama Abg Tesla dah hilang sabar dengan keluarga madu

Isteri pertama kepada pempengaruh Abang Tesla iaitu Nurmajdina Jamari mendakwa dirinya telah dihina oleh keluarga madunya, Nursyafiqa Mohd Hanafi. Sudah lama berdiam diri dan menahan sabar, Nurmajdina menerusi hantaran di Instagram Story berkata, segala pengorbanan yang dilakukan selama ini tidak dihargai. “Saya lebih lama diam, bertahun. Tapi tak dihargai apatah lagi hormat. Mereka (pihak madu) semakin melampau menghina.Tidak apa pun kalau saya pertahankan seorang diri, Allah ada.”

Menerusi hantaran sama, Nurmajdina turut memuat naik tangkapan skrin layar memaparkan mesej seorang individu yang mendakwa sudah lama perasan dengan sikap Abang Tesla yang lebih menyebelahi isteri keduanya. “Sedih tengok story Abang Tesla, macam pertahankan yang sana. Dari live hari itu nampak sangat Abang Tesla lagi takut dengan yang sana (isteri kedua). Sekarang dah faham kenapa kak Maj (Nurmajdina) lebih tegas dan lebih pertahankan diri sendiri. Takpe Allah ada, semoga Allah sentiasa berikan yang terbaik untuk kak Maj.”

Sementara itu, menerusi satu lagi hantaran pada entri sama, Nurmajdina menegaskan dirinya tidak mandul seperti mana didakwa segelintir pihak. “Aku bukan mandul tak boleh bagi pewaris, korang ganggu proses IVF aku berkali-berkali. Kau dah ganggu rumah tangga aku, kau bawa kaum kau ganggu mental aku. Lebih setahun aku dan tak kongsi apa-apa, tapi kau punya kaum ayat masing-masing macam aku ni mandul. Pewaris aku ramai Allah jaga di Syurga, alhamdulillah.”

Terdahulu, Abang Tesla atau nama sebenarnya Khal Iltizam Yusry, 29, mengumumkan sudah bernikah sekali lagi dengan wanita bernama Nursyafiqa pada Ogos tahun lalu. Sumber: OhBulan.
PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.