Rita Rudaini memberitahu tidak pernah menolak sekiranya bertemu jodoh suatu hari nanti namun, lebih selesa dengan kehidupan sekarang bersama dua orang anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qada Arjuna. Menurut Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar, dia meluahkan rasa hairan mengapa ada segelintir individu menganggap anak-anaknya kurang kasih sayang tanpa kehadiran seorang bapa.
“Kalau tuhan suatu hari nanti hantar hadiah (jodoh), kami terima cuma buat masa sekarang hidup saya sudah cukup lengkap ada dua orang anak. Saya tak faham kenapa orang nak kesian hidup anak saya tak lengkap padahal anak saya tak berbunyi pun. Nak kata kurang kasih sayang, buat perangai tak ada pula. Orang je yang melebih,” katanya ketika sesi rakaman Podcast Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36.
Ujar pelakon filem Mami Jarum Junior itu lagi, dia pernah berjanji dengan Rayyan dan Arjuna untuk tidak berkahwin demi memberi fokus sepenuhnya untuk membesarkan mereka. “Bagi saya alhamdulilah, anak okay dan faham. Saya pernah cakap dengan anak yang saya korbankan diri yang mana saya tak akan berkahwin sebab nak tengok Ryan dan Arjuna membesar depan mata dengan elok, nak bagi 100 peratus hidup saya kat mereka.
Kalau orang tanya tak sunyi ke? Tak sunyi pun sebab kat rumah pun ada tujuh ekor kucing. Saya lebih bahagia dapat besarkan anak-anak sendiri tanpa ada gangguan mental,” ujarnya lagi. Sekadar info, Rita pernah berkahwin dengan Aidil pada 2008 namun memilih jalan untuk berpisah September 2013. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Rayyan dan Airit Qaqa Arjuna.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.