PENYANYI Adira tidak terasa hati apabila digelar dengan gelaran janda beranak empat. Kata Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 32, kenyataan itu adalah fakta dan bukannya suatu penghinaan terhadap dirinya. “Saya okay saja, memang betul pun jadi saya boleh kata apa kan? Saya okay je yang penting kita tahu bawa diri kita. Setakat ni masih tidak ada individu yang mendekati saya, mungkin saya rasa sebab gelaran janda anak empat itu yang membuatkan orang takut untuk mendekati saya,” katanya.
Dalam pada itu, Adira memberitahu dia kini lebih menjaga penampilan diri demi memenuhi tanggungjawab dan tuntutan kerja. “Sebenarnya untuk diri sendiri orang pandang kita, bukan apa sebab saya public figure… Pergi mana-mana orang lihat, ia juga sebahagian tanggungjawab dan tuntutan kerja,” ujarnya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.