Isteri pertama kepada pempengaruh abang Tesla iaitu Nurmajdina Jamari berkongsi pengalamannya menjalani rawatan Persenyawaan in vitro (IVF). Menerusi sesi siaran langsung di TikTo baru-baru ini, Nurmajdina mendedahkan telah menghabiskan lebih daripada RM30,000 sepanjang dua kali melakukan rawatan IVF. “Pembedahan untuk pemindahan dah dua kali, kos dia mahal. Saya rasa lebih RM30,000.
Kali pertama IVF tu tak jadi, kali kedua jadi tapi tak lama.” Apabila ditanya warganet berapa lama dia dan suami telah berusaha untuk mendapatkan zuriat, Majdina berkata tahun ini genap 6 tahun dia menjadi pejuang garis dua atau TTC (trying to conceive). Di ruangan komen, rata-rata wargamaya terutamanya para wanita bergelar ibu tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat buat Majdina agar terus sabar dalam menanti kehadiran cahaya mata. Mereka turut menitipkan doa agar urusan Marjdina dipermudahkan
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.