ISTERI penerbit Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail masih meletakkan harapan agar semua ahli keluarga dapat bersatu semula. Malah Patimah memberi bayangan mereka akan berkumpul semula apabila berkongsi video himpunan foto sambutan hari raya bersama keluarga. “Insya-Allah kami akan berkumpul semula,” katanya.
Patimah berkongsi perkara tersebut di Instastory miliknya pada Rabu berserta video slaid yang dimuat naik oleh menantunya. Video berkenaan memaparkan mereka sekeluarga berkumpul dan bergambar ketika Hari Raya Aidilfitri sejak 2014. Luahan ringkas Patimah itu juga seakan memberi gambaran anaknya iaitu Syamsul Yusof akan bersama mereka selepas sekian lama tidak pulang ke rumah. Patimah dan Yusof sebelum ini sudah beberapa kali memberitahu tidak berjumpa anaknya itu sejak beberapa tahun lalu.
Malah dia dan suaminya juga turut meluahkan rasa sedih apabila hanya mampu melihat Syamsul berdepan isu rumah tangga seorang diri tanpa ditemani mereka. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.