Datin Patimah mendoakan agar Puteri Sarah Liyana temui kebahagiaan yang diinginkan

Ibu kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail menitipkan doa buat bekas menantunya, Puteri Sarah Liyana. Menerusi komen yang ditinggalkan di Instagram (IG) sebuah portal hiburan, Patimah mendoakan agar bekas menantunya itu menemui kebahagaiaan yang diinginkan.

Difahamkan, komen itu dikongsi selepas Puteri Sarah meluahkan rasa gembiranya apabila bekas suami, Syamsul Yusof pulang ke pangkuan bekas mentua. Menurut Puteri Sarah, dia tumpang gembira melihat keceriaan yang terpampang di wajah bekas mentua ketika menyambut kepulangan Syamsul. Terdahulu, Puteri Sarah dilihat hadir meraikan momen bermakna Syamsul yang pulang ke pangkuan keluarganya selepas sekian lama berdepan dengan kemelut keluarga.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.