Belum habis lagi pasal kes Abg Bas, kali ni Diana Danielle cabar warganet untuk buktikan yang dia buat laporan

Pelakon Diana Danielle cabar individu yang menuduhnya membuat laporan terhadap kes Abang Bas untuk mengemukakan bukti sekiranya namanya terdapat dimana-mana laporan berkaitan isu tersebut. Ujar Diana atau nama lengkapnya Diana Danielle Danny Beeson, dia menegaskan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri sendiri yang melapor serta mengarahkan pegawai Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) untuk membuat laporan polis berkaitan kes pemandu bas itu yang sebelum ini tular di media sosial.

“Lagi satu, nak marah biar tepat. Minggu lepas saya dah keluarkan kenyataan rasmi, bukan saya yang buat laporan terhadap sesiapa. Laporan dan tindakan dari Kementerian Wanita & Keluarga sendir. Kes ini adalah Kerajaan Malaysia VS defendant. Saya cabar anda untuk buktikan saya yang buat laporan. Terterakan nama saya di mana-mana laporan,” katanya. Dalam perkongsian itu juga, Diana menzahirkan ucapan terima kasih kepada individu yang menyokong tindakannya memberi kesedaran kepada orang ramai berkaitan amang seksual terhadap kanak-kanak.

Sementara itu, pelakon drama Gol & Gincu The Series ini meminta kepada orang ramai supaya jangan mudah melatah berkaitan sesuatu perkara tanpa usul periksa. “Setakat pakcik kedai kopi sembang “rasa”, bumi pun boleh telan matahari. Nak maki pun, cari la fakta yang betul. Tapi tu lah nak suruh membaca tu payah sikit la budaya kita ni kan lagi suka baca portal yang tak sahih dan berita palsu WhatsApp.

Saya ulang, laporan tu dari Menteri bersama dgn Kementeriannya bukan individu. Okay, teruskan makian anda tapi biar dari sumber yang tepat, lawak je tengok korang emosi tapi kutip sumber dari fake news Facebook macam mana ni?” ujarnya lagi. Terdahulu, Diana Danielle telah memuat naik satu posting dengan berkongsi semula kenyataan media daripada pihak polis berhubung penahanan pemandu bas yang dipercayai membuat konten dengan pelajar-pelajar sekolah berserta kapsyen yang agak tidak sesuai.

Malah, ada segelintir individu bertindak menuduh ibu kepada dua cahaya mata tersebut membuat laporan terhadap Abang Bas sehingga ditahan oleh pihak berkuasa. Bagaimanapun, Diana menafikan dakwaan tersebut sebaliknya hanya mengetahui isu membabitkan lelaki terbabit selepas ia tular di media sosial. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *