Doktor syak 4 saluran jantung tersumbat, tak sangka rupanya Lan Pet Pet di tahan di zon merah sebelum persembahan

PELAWAK Lan Pet Pet mendedahkan dia ditahan di zon merah Hospital Melaka sebelum tampil melakukan persembahan Senario Union pada 31 Ogos lalu. Lan atau Mazlan Ahmad, 55, berkata, doktor mengesyaki empat saluran jantungnya tersumbat yang membuatkan kesihatannya tiba-tiba merosot dan mengalami sesak nafas pada hari berkenaan. “Sebenarnya pada malam 31 Ogos itu memang betul saya jatuh sakit.

Saya ditahan di zon merah Hospital Melaka dan doktor syak empat saluran jantung saya tersumbat,” katanya. Bercerita lanjut mengenai perkara itu, Lan memberitahu sepanjang di hospital dia memperbanyakkan zikir selain menunaikan solat sunat dan kesihatannya kembali pulih. Tambah Lan, doktor yang merawatnya juga terkejut melihat dia mampu membuat persembahan pada malam tersebut.

“Saya banyakkan zikir dan solat sunat… Alhamdulillah saya diberikan kesembuhan. Doktor yang merawat saya pada malam itu pun terkejut sebab saya berada di konsert untuk membuat persembahan,” ujarnya. Dalam pada itu, Lan memberitahu ada menghubungi rakannya yang merupakan seorang pakar saraf bagi mendapatkan pandangan mengenai kesihatannya. Kata Lan, keadaannya itu bukan disebabkan masalah jantung tetapi angin dalam badan disebabkan lewat makan.

“Saya biasanya memang makan pada waktu petang. Jadi mungkin masalah angin dalam badan,” jelasnya. Sementara itu, Lan mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan dia dan memberitahu kesihatannya sudah pulih seperti biasa. Menerusi laporan pada 16 September lalu, Apek mendedahkan Lan mengalami demam dan sesak nafas sebelum konsert Senario Union Panggung Bangsawan bermula.

Pada 31 Ogos lalu, peminat Senario terharu selepas melihat Lan kembali beraksi dengan kumpulan itu selepas sekian lama. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *