Hadiri majlis ilmu di rumah Datuk siti Nurhaliza, ramai yang puji anak lelaki Norman Hakim sebab jadi imam solat jemaah

Baru-baru ini, pasangan selebriti Norman Hakim dan Memey Suhaiza berkesempatan menyertai majlis ilmu di rumah penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Majlis tersebut turut dihadiri oleh beberapa selebriti tempatan seperti Neelofa, PU Riz dan ramai lagi. Dapat dilihat juga pendakwah terkenal iaitu Ustaz Wadi Annuar yang memberi tazkirah dan perkongsian agama dalam majlis tersebut.

“Tamrin Hijrah bersama Ustaz Wadi Anuar. Alhamdulillah, syukur terima kasih Ya Rabb di atas rezeki dan izin-Mu untuk kami berkumpul di majlis ilmu ini. Terima kasih Ustaz Wadi untuk bekalan ilmu dan pembelajaran buat kami. Terima kasih Tok K (Datuk Khalid) dan Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk keselesaan tempat serta berkongsi juadah.” Klik sini untuk lihat video.

Dalam pada itu, Norman turut mengucapkan terima kasih kepada anak lelakinya Mohamed Danish Hakim yang mewakilkan diri menjadi imam ketika solat berjemaah. “Terima kasih abang Danish Hakim menjadi imam kami.” Momen Danish menjadi imam telah menyorot perhatian wargamaya dan rata-rata memuji keberaniannya. Malah, warganet turut mendoakan Danish membesar menjadi anak yang soleh dan taat kepada ibu bapa.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.