Sanggup tutup kilang 5 hari, Khairul Aming bawa 100 orang pekerja bercuti di Penang

Setiap tahun, usahawan dan pempengaruh media sosial iaitu Khairul Aming akan menutup kilangnya dan membawa semua pekerja untuk pergi bercuti. Di Instagram, Khairul Aming memberitahu, tahun ini dia membawa 100 orang staf ke Pulau Pinang, bestnya! Menurut Khairul Aming atau lebih mesra disapa KA, kali ini dia telah menempah hotel bertaraf lima bintang sebagai tempat penginapan buat semua stafnya. Klik sini untuk lihat video.

Lebih menjadi tumpuan, KA turut memberi duit poket dan membawa stafnya melakukan pelbagai aktiviti menarik di Pulau Mutiara itu. “Kilang tutup selama lima hari dan saya bawa 100 orang staf ke Pulau Pinang untuk bercuti. Saya tempah hotel lima bintang dan semua pemandangan laut. Kami buat pelbagai aktivti dan saya bawa mereka ke grand dinner dan Escape Park.”

Tambah KA, sewaktu percutian tersebut dia tidak membenarkan mana-mana stafnya untuk berfikir soal kerja. “Saya nak bagi mereka berehat dan kami tak berbincang mengenai prestasi kerja dan syarikat semasa percutian.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *