Selalu sangat nampak pakai baju warna sedondon dengan Bella Astillah, Muaz Zabir akui ia hanya satu kebetulan

Sering dilihat memakai pakaian warna sedondon dengan Bella Astillah dalam beberapa acara hiburan, pelakon Muaz Zabir menyifatkan perkara tersebut hanyalah satu kebetulan. Menerusi temu bual bersama, Muaz berkata dia tidak pernah berbincang dengan Bella untuk menggayakan warna pakaian yang sama setiap kali mereka muncul di mana-mana acara. “Ia hanya satu kebetulan. Tadi pun saya sempat bertemu Bella dan masing-masing mengenakan warna pakaian yang sama untuk acara ini.

Tapi percayalah kami tak pernah merancang atau saya ajak dia untuk pakai warna busana sama. Lagipun warna putih yang saya gayakan ini memang warna pilihan saya dalam kebanyakan acara yang dihadiri.” Disoal sama ada terdetik untuk menambat hati Bella ataupun tidak memandangkan tempoh edahnya sudah habis, Muaz hanya menjawab tidak. “Saya tak pernah anggap ia sebagai satu peluang yang perlu direbut, tapi apa yang boleh saya cakap kami hanya berkawan.

Insya-Allah kami akan ada projek bersama dalam waktu terdekat dan kita akan berjumpa nanti. Jadi tak bolehlah nak bermasam muka, sebaliknya kami jalani kehidupan masing-masing dan buat yang terbaik.” Muaz yang ditemui pada majlis pengumuman Kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (ABPBH 36) di Hotel Courtyard By Marriot Kuala Lumpur South, malam tadi, turut mengakui dia hadir memberi sokongan terhadap Bella dalam satu acara persembahan, baru-baru ini.

“Setiap individu ada hak untuk beri sokongan, termasuk juga saya yang memilih untuk menyokong artis-artis lain termasuk orang yang saya senangi. Kalau saya ada peluang untuk beri sokongan kepada mana-mana artis seperti yang dilakukan dengan menghadiri teater yang dibintangi Riena Diana dan Elly Suriatie saya akan cuba melapangkan waktu bersama mereka.”

Sebelum ini, Muaz memberitahu dia tidak menolak sekiranya bertemu jodoh dengan Bella dan berterima kasih kepada semua pihak yang tidak putus mendoakan dirinya. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *