Nabil Aqil berhasrat nak cari calon isteri, sekali buka dm ramai pula lelaki yang mencuba nasib

TATKALA sibuk mencari calon isteri yang sesuai, pelakon Nabil Aqil sebaliknya memberitahu dia menjadi buruan lelaki selepas menerima banyak kiriman mesej di aplikasi TikTok. Nabil atau Mohammad Nabil Aqil Muhammad Salehuddin, 26, berkata dia sendiri tidak mengetahui mengapa lebih ramai lelaki menghubunginya berbanding wanita. “Saya pun tak faham kenapa lebih ramai lelaki yang mesej saya berbanding perempuan. Kebanyakannya meletakkan harapan tinggi untuk ajak saya keluar, ada yang sekadar bertanya khabar.

“Saya tak tahu kenapa lelaki mesej saya, saya ini suka perempuan. Adakah ini ujian untuk saya? Berat juga ujian saya ini asyik didatangi dengan kaum lelaki sahaja. Perempuan ada tapi tak ramai pula,” katanya ketika dihubungi. Dalam pada itu, Nabil memberitahu dia tidak pernah melayan sebarang mesej yang dihantar oleh lelaki yang tidak dikenali di media sosial.

Ini kerana dia mahu memberikan fokus mencari calon isteri dan tidak berminat untuk melayan perkara yang tidak bermanfaat. “Saya tidak pernah melayan mana-mana lelaki yang saya tidak kenal menghantar mesej. Prinsip saya untuk berkahwin dan saya mencari perempuan bukan lelaki. Jadi memang saya tidak pernah melayan mesej-mesej begitu,” ujarnya. Bercerita mengenai calon pasangan hidup, pelakon drama Anggun Mikayla ini memberitahu dia mahu memilih wanita yang benar-benar sesuai kerana trauma dengan kisah cinta lalu.

“Saya tidak nafikan saya agak memilih dalam mencari pasangan. Kita nak jadikan seseorang itu pasangan hidup jadi saya kena cari wanita yang betul-betul sesuai. Saya takut, fobia dan trauma kerana sebelum ini saya pernah dipermainkan oleh wanita. Jadi saya terpaksa buat pemilihan yang betul untuk mencari pasangan hidup. Kesimpulannya mungkin saya masih belum ada rezeki untuk berjumpa dengan wanita yang tepat. Selama ini saya sering bertemu dengan orang yang salah untuk saya belajar daripada pengalaman dan menjadi lebih kuat,” katanya.

Sebelum ini, Nabil memuat naik sebuah hantaran di Instastory miliknya memaparkan tangkap layar kiriman mesej yang diterima di TikTok. Kata Nabil, mesej yang dihantar kebanyakannnya daripada golongan lelaki dan kerana itu menyebabkan dia sukar untuk mencari teman wanita. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *