Ramai yang tertanya tanya tentang perkembangan kes, pemergian Nidza Afham kekal diklasifikasi sebagai SDR

Kes pemergian penyanyi, Muhammad Nidza Afham Mokhtar yang sebelum ini ditemui di Sungai Klang, 14 Ogos lalu, kekal diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR). Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pihak polis tidak menjumpai sebarang unsur jenayah dalam kes tersebut, lapor Sinar Harian. “Siasatan diklasifikasi mengikut SDR. Kertas siasatan itu akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat,” katanya.

Tambah Hussien, kes berkenaan kini hampir selesai dan didapati tiada sebarang unsur jenayah. Terdahulu, media melaporkan kehilangan Nidza Afham selepas keluar berjoging di sekitar Stadium Klang pada 13 Ogos lepas. Selepas itu, dompet dan juga telefon pintar milik lelaki tersebut ditemui di Jambatan Sungai Klang. Jasad Nidza Afham kemudiannya ditemukan berhampiran Jalan Tepi Sungai, Solok Sungai, Taman Telok Pulai Indah, kira-kira jam 7 malam.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.