Ramai yang tertanya tanya tentang status diri, tak sangka rupanya Ustaz Wadi Anuar pernah berkahwin

Pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar akui pernah berkahwin susulan ramai yang tertanya-tanya status dirinya yang dikatakan masih lagi solo sehingga kini. Menerusi podcast Apa Cerita? Ustaz Wadi telah membuat penjelasan bahawa dirinya pernah berkahwin seusai pulang ke Malaysia setelah beberapa tahun di luar negara menuntut ilmu agama. “Sebenarnya saya sudah berkahwin dahulu selepas balik, alhamdulillah selepas saya balik (dari menuntut ilmu) 2008, lebih kurang pada tahun 2009.

Kemudian beberapa tahun dan bantera perkahwinan itu tidak lama. Daripada situ saya kekal (solo) sehingga ke hari ini seorang diri, alhamdulillah,” katanya. Beliau juga memaklumkan perkahwinan tersebut tidak memperoleh cahaya mata dan kanak-kanak yang kerap mengikutinya ketika keluar berdakwah adalah anak jiran. Walau bagaimanapun, dia mendedahkan sebelum ini ada wanita yang datang mahu melamar namun dia menolaknya dengan baik kerana belum terbuka hati untuk kembali berumah tangga.

Hari ini hari Ahad, semalam Sabtu masih ada yang datang meminang saya lagi. Tapi belum terbuka hati (berumah tangga). Pasti mahu berkahwin sebab saya juga ada perasaan. Sekolah menengah dulu pun saya ada jatuh hati dekat orang, dekat universiti pun saya ada luahkan hasrat untuk menjadikan isteri tapi waktu tu belum sampai masa,” ujarnya. Pendedahan tersebut sudah tentu menjawab persoalan-persoalan yang pastinya bermain di fikiran sesetengah peminatnya yang sememangnya mengikuti pendakwah tersebut dalam pelbagai ceramah yang disampaikan.

Susulan daripada itu, pelbagai komen diterima di ruangan TikTok pengguna dikenali sebagai sueyusofpareeth777 apabila memuat naik kembali video dari YouTube podcast tersebut. Kebanyakan mereka mendoakan agar suatu hari nanti ustaz dipertemukan dengan jodoh yang sesuai dan berharap agar segala urusannya dipermudah.

Podcast yang berdurasi lebih dua jam itu banyak berkongsi kisah-kisah insipirasi public figure yang memberi impak positif kepada masyarakat dan dihoskan oleh Asyraf Khalid serta Nazri Kamal. Untuk episod tersebut, mereka telah mengundang pendakwah bebas terkenal, Ustaz Wadi Annuar bin Ayub yang juga merupakan Pengerusi Akademi Darul Ilmi.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *