Tak nak brgdh secara terbuka, Ruhainies akui akan bina nama balik secara perlahan lahan

Pelakon sensasi, Ruhainies enggan bergdh secara terbuka malah memilih untuk mendiamkan diri walaupun masih dikritik berhubung kontroversi yang melanda dirinya sebelum ini. Menurut laporan Gempak, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata dia mengambil pendekatan sedemikian kerana mahu hidup tenang tanpa membenci mana-mana pihak. “Nama saya merupakan jenama saya, jadi saya tak suka bergaduh secara terbuka sebab saya nak tunjukkan contoh yang baik. Apa yang berlaku pun (kontroversi) cukup kurang baik.

Apa yang saya boleh katakan, saya tak sempat nak membenci sesiapa… saya sayang dan maafkan semua orang. Saya nak jadi gembira dan hidup dalam keadaan tenang. Sejak isu itu juga, saya tak baca komen-komen negatif sebab saya nak jaga kesihatan mental saya,” katanya. Ujar aktres kelahiran Pulau Pinang itu lagi, dia mahu bangun semula daripada zaman kejatuhannya secara perlahan-lahan memandangkan tidak pernah terfikir terpalit dalam kontorversi selepas lebih 10 tahun berada dalam industri hiburan.

Bagaimanapun, Ruhainies akui manusia tidak pernah lari membuat kesilapan dan berharap orang ramai boleh memaafkan dirinya terhadap apa yang berlaku sejak kebelakangan ini. “Sejujurnya, sepanjang 10 tahun saya dalam industri, tak pernah lagi saya terpalit dengan kontroversi yang menjatuhkan saya tapi ini kali pertama. Manusia membuat kesilapan, tak ada siapa yang sempurna. Saya harap semua dapat memaafkan dan apa yang saya boleh katakan, saya akan bina balik nama saya secara perlahan-lahan dan betulkan keadaan, Insya-Allah,” ujarnya.

Terdahulu, nama Ruhainies menjadi tumpuan ramai apabika dia dilaporkan ditangkap khalwat bersama pelakon Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac lalu. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *