Bengang bila dituduh tak jaga isteri pertama lepas kehilangan ank, Abg Tesla nak saman Kieda Crepe

Pempengaruh dan usahawan, Kieda Crepe mendakwa Abang Tesla tidak menjaga isteri pertamanya iaitu Nurmajdina Jamari ketika sedang berpantang selepas mengalami keguguran. “Kak Maj (Nurmajdina), saya gugur suami support, kau gugur kau kawal mental health seorang diri. Sedangkan suami kau sibuk melayan isteri yang lahirkan anak. Kau pun boleh bagi anak tapi orang buat kau macam tak ada perasaan. Kau tu pertahankan tin kosong. Tak suka la macam ni kak Maj.”

Kieda berkata demikian menerusi mesej terus (DM) yang dikirim kepada Nurmajdina di Instagram sebelum berkongsi tangkap layar skirn memaparkan perbualan mereka di Instagram Story. Bagaimanapun, perkongsian berkenaan telah dipadam tidak lama kemudian. Dalam pada itu, Kieda berkata dia mengalirkan air mata melihat pengorbanan yang dilakukan Nurmajdina demi mempertahankan rumah tangga.

“Kali ini saya menangis sebab kak Maj. Kuatanya lahai pertahankan segalanya tapi orang tak nampak usaha kau. Hidup sekadar konten sangatlah sakit.” Sementara itu, Abang Tesla tampil membidas dakwaan Kieda dengan menegaskan dia menjaga isterinya ketika sedang berpantang. Malah, Abang Tesla berkata dia akan mengambil tindakan undang-undang untuk menyaman usahawan tersebut.

“Jangan nak terpaling suami awak seorang yang jaga, saya jaga kak Maj. Saya akan saman awak. Awak boleh tanya sendiri dia, pergi tanya pihak hospital. Saya ada dengan dia. Tapi saya tak pernah buat video macam awak terpaling ada suami.” Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.