Teruk kena kritik dengan warganet, Wanna Ali dituduh tak sensitif sebab muat naik gambar dengan Fattah Amin

Pelakon wanita, Wanna Ali dituduh tak sensitif susulan berkongsi gambar bersama Fattah Amin sewaktu berita tentang aktor berkenaan sedang hebat diperkatakan. Menerusi muat naik yang dibuat oleh Wanna atau nama sebenarnya, Nor Syazwana Mohd Ali, 25 dia telah berkongsi beberapa gambar dengan Fattah Amin bagi mempromosikan drama lakonan mereka berdua, Lelaki Melayu Terakhir.

Dia juga telah menyertakan sekali kapsyen meminta agar masing-masing membuat cara sendiri dengan meninggalkan hashtag #LelakiMelayuTerakhir merujuk kepada judul drama yang mereka lakonkan. “Kasih makes every “NO” to a “YES”!!! Haaaaaa kan dah cakap awak buat cara awak, saya buat cara saya. Ini cara saya tapi awak kena ikut jugak heuheueheu. adan uke adan ukeee #LelakiMelayuTerakhir,” tulisnya.

Susulan daripada itu, Instagram Wanna telah diserang netizen yang mana merasakan tindakannya kurang sensitif memandangkan baru sahaja industri seni Tanah Air dikejutkan dengan berita isteri kepada Fattah Amin, Fazura menfailkan penceraian terhadap aktor kacak tersebut.

Walau bagaimanapun, ada juga yang mempertahankan tindakan Wanna kerana apa yang dilakukan adalah tuntutan pekerjaan dan masing-masing perlu profesional dengan perkara itu. Masalah peribadi yang dilalui aktor tersebut tidak perlu dikaitkan dengan orang lain kerana Wanna juga hanya memuat naik perkongsian tentang drama yang dilakonkan olehnya. Sekadar info, selebriti dan usahawan popular, Fazura telah mengejutkan ramai apabila menfailkan tuntutan cerai terhadap Fattah Amin setelah tujuh tahun berumah tangga.

Pergolakan rumah tangga pasangan ideal ini telah menjadi teka teki di media sosial apabila Fazura kerap memuat naik beberapa hantaran yang memberi bayangan seperti ada sesuatu yang tidak sedap didengan tentang perkahwinan mereka. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.