Nak tukar tayar pecah punya pasal, warga emas terpaksa jual penutup subang isteri buat ramai yang simpati

Seorang warga emas terpaksa jual penutup subang milik isterinya kerana tidak mempunyai wang untuk menggantikan tayar pancit telah meruntun hati warganet di media sosial. Situasi tersebut diceritakan sendiri oleh pekerja di sebuah kedai emas di Kuantan, lelaki terbabit telah datang ke premisnya dengan membawa penutup subang isterinya untuk dijual. Setelah melalui beberapa proses untuk membuktikan keaslian emas tersebut, pekerja kedai berkenaan mendapati penutup subang itu seberat 0.19 gram, ia dinilaikan dengan wang sebanyak RM57. Bagaimanapun, pekerja kedai emas berkenaan menggenapkan ia kepada RM60 dan secara tidak langsung membuatkan lelaki itu gembira. Klik sini untuk lihat video.

“Alhamdulillah dik, nak tukar tayar motosikal pak cik sebab dah pecah,” kata lelaki itu ringkas. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak terhadap kesusahan yang menimpa warga emas terbabit yang terpaksa menjual barang peribadi untuk mendapatkan wang membaiki motosikal.

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen pernah melalui pengalaman yang sama dan ramai yang mendoakan agar urusan warga emas tersebut dipermudahkan serta dimewahkan rezeki selalu.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.