Bakal lakonkan watak sebagai duyung tak lama lagi, tak sangka rupanya Anna Jobling atlet renang yang pernah wakil Selangor

PELAKON Anna Jobling tidak mempunyai masalah melakonkan watak sebagai duyung menerusi filem terbaharu Duyung Lagenda Aurora tak lama lagi. Anna atau Anna Ellisa Gustin, 24, berkata, walaupun sudah lama tidak berenang namun dia akan menggunakan pengalaman mewakili Selangor dalam sukan berkenaan bagi menjayakan watak tersebut. “Saya memang atlet renang. Dulu saya wakil Selangor ketika usia 17 tahun sebelum aktif dalam industri seni.

Bila dah masuk industri pula saya sudah tiada masa. Tapi skill itu masih ada! Jadi tiada masalah untuk berlakon dalam air tambah pula saya juga boleh diving,” katanya. Anna berkongsi perkara itu pada sidang media Filem Duyung Lagenda Aurora di Wetlands Studios Putrajaya pada Selasa. Sementara itu, Anna memasang niat agar kulitnya berubah menjadi sawo matang atau tanned ketika penggambaran berjalan di Pulau Payar, Langkawi selama dua minggu.

Malah pelakon drama Syurga Itu Bukan Mudah berkata dia tidak kisah untuk berjemur di tengah panas kerana berlakon adalah minatnnya. “Saya nak kulit tanned sebenarnya, jadi memang tak sabar nak mulakan penggambaran. Tapi kulit saya ni susah nak jadi tanned sebab kulit akan merah dulu macam sunburn. Yang pasti saya tak kisah berjemur di tengah panas sewaktu penggambaran Duyung nanti,” jelasnya.

Selain Anna, pelakon lain yang membintangi filem Duyung Lagenda Aurora ialah Maya Karin, Saiful Apek, Ayie Floor 88, Yasmin Hani, Yassin Senario, Datuk Yusry Abdul Halim, Nadia Brian, Kumpulan Zero, Aniq Aqil dan Aidilia Hilda. Filem berkenaan akan memulakan penggambaran pada 13 September hingga 13 Oktober 2024 dan dijangka menemui penonton pada suku tahun ketiga 2025.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *