Masih hormat dia sebagai ayah kepada anak anak, Cik Epal tak nak cerita kisah rumahtangga

Pempengaruh dan usahawan, Jofliam memberi bayangan di media sosial bahawa rumah tangganya sedang bergolak. Terbaru, menerusi pemerhatian pihak OhBulan!, Jofliam dilihat tidak mengikuti (follow) isterinya iaitu Cik Epal di Instagram. Perkara tersebut telah menimbulkan persoalan dalam kalangan warganet dan ada yang mendakwa semua yang berlaku berpunca daripada Jofliam sendiri.

Di Instagram Cik Epal pula, ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut memuat naik satu posting berhubung suaminya itu. Menurut Cik Epal, dia masih mempunyai rasa hormat terhadap Jofliam. Ini kerana, dia seorang ayah yang sangat baik dan bertanggungjawab kepada Han dan Yuki. “Aku sebenarnya tak suka nak reveal hal rumah tangga dekat media sosial. Biar aku dengan dia saja tahu hal sebenar sebab masih belum ada keputusan. Aku tak nak keruhkan keadaan. Aku percaya setiap apa yang berlaku pasti akan ada jalan yang terbaik. Korang doakan aku dapat handle situasi ni dengan tenang dan matang.”

Terdahulu, Jofliam berkata, semua yang berlaku berpunca daripada fitnah apabila dia membawa staf wanitanya bernama Dewi dan pasukan pizzanya ke Jepun. Bagaimanapun, Jofliam menegaskan, sepanjang perkahwinan dia tidak pernah berlaku curang walaupun sesaat dengan isteri.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *