Belum terbuka hati nak cari teman hidup baru, Nora Danish dedah ramai yang cuba mendekati bila dah berhijab

PELAKON Nora Danish masih belum terbuka untuk mencari teman hidup baharu selepas berpisah dengan Nedim Nazri pada 19 Jun lalu. Mengakui ramai cuba mendekati terutamanya selepas mengenakan hijab, Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 42, berkata, dia ketika ini hanya mahu memberikan fokus sepenuhnya untuk kehidupannya selain mendekatkan diri kepada Allah. “Sejak saya pakai hijab, ramai pula (yang mendekati). Buat masa sekarang saya tidak fikir lagi (untuk bersama seseorang) sebab baru sahaja (bercerai). Kawan-kawan ada yang cuba untuk mendekati, tapi saya kata bukan sekarang.

“Saya sekarang ini hanya mahu teruskan fasa memperbaiki diri sendiri. Saya kena berusaha banyak lagi sebab baru sahaja (berhijrah). Saya mahu fokus kepada Allah sahaja,” katanya. Nora ditemui semasa program Zumba bersama Abby Abadi yang dianjurkan oleh produk kesihatan Inayah Beauty. Dalam masa sama, Nora juga meluahkan rasa syukur apabila pihak produksi menghormati permintaannya untuk menjaga batas dalam lakonan.

“Buat masa sekarang ini, dari segi lakonan memang produksi bagi saya tawaran yang bagus seperti tidak pegang tangan dan juga berhijab. Sangat seronok bila macam itu (jaga batas). Apabila berlakon tidak sentuh ini, perasaan dia sangat lain. Terasa yang diri sangat mahal dan rasa harga diri meningkat,” ujarnya. Dalam perkembangan lain, program Zumba bersama Abby turut diserikan dengan kehadiran selebriti seperti Bella Astillah, Puteri Sarah Liyana dan Fasha Sandha.

Program itu juga diadakan bagi mengumumkan Abby sebagai duta produk Berryfull Honey Lemon iaitu sejenis minuman detox. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *