Depan nampak je macam baik, Ameera Khan kongsikan pengalaman buruk pernah tersalah pilih pasangan

Berkongsi pengalaman buruk sebelum ini, pempengaruh media sosial Ameera Khan dedah pernah tersalah memilih pasangan dan bercinta dengan orang baik di hadapan ramai, namun sebenarnya perangai seperti syaitan.Memetik laporan Kosmo!, Ameera atau nama penuhnya Nur Ameera Abdul Halim Khan berkata sebelum ini dia pernah menjalin hubungan dengan lelaki yang dikatakan baik.

Bagaimanapun, menurut pempengaruh berusia 25 tahun itu rupanya lelaki tersebut hanya berpura-pura di hadapan ramai disamping turut menyamakan perangai jejaka tersebut dengan syaitan. “Dulu bercinta dengan orang baik padahal perangai macam setan. Baik depan, setan di belakang. Yang sebelum ini bukan setan tapi perangai macam iblis. Tapi luaran orang tengok baik. Itulah, jangan mudah menilai orang,” katanya.

Tambah adik kepada usahawan dan selebriti Neelofa itu, dia mahukan seseorang yang jujur tentang dirinya dan biarlah Ameera yang memilih sama ada untuk menerimanya atau tidak. “Jadi lebih baik tunjuk sahaja apa yang pernah awak buat dan apa yang tidak pernah, biar saya tahu. Kalau okey, saya akan terima. Jangan berpura-pura,” ujarnya sambil menasihati warga maya untuk tidak menilai seseorang berdasarkan luaran semata-mata.

Dalam pada itu, Ameera turut mendedahkan keluarga tidak pernah menghalang hubungannya asalkan kebahagiaan dan keselamatannya terjamin. Menurut Ameera, restu ibu bapa adalah keutamaannya dan mereka juga memberikan kebebasan dalam memilih pasangan. “Mama dan daddy akan restu siapa sahaja yang saya pilih, asalkan dia membuatkan saya bahagia dan rasa selamat. Jangan runsing tentang saya dan keluarga saya sebab alhamdulillah, ramai yang jaga dan pantau saya,” katanya.

Terdahulu, heboh dalam media sosial apabila Ameera didakwa sedang hangat menjalin hubungan cinta dengan aktor dari Indonesia, Jefri Nichol. Bagaimanapun, hubungan mereka dikhabarkan putus sekitar Oktober 2021 selepas Ameera tidak lagi mengikuti aktor itu di aplikasi Instagram. Namun begitu, pada Mac tahun lalu, mereka dilihat semakin terbuka mempamerkan kemesraan dalam media sosial sekaligus mengundang rasa kurang senang dalam kalangan warganet Malaysia.

Ini terutama selepas pelakon itu mengaku pernah meniduri lebih 20 wanita disamping dedah pernah memakan daging babi untuk menaikkan berat badan. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *