SUSULAN insiden serangan terhadap dua pereka fesyen, jurugambar Aqo Imran tetap meluahkan rasa bersyukur kerana dikurniakan isteri dan sahabat yang sentiada berada disisinya. Aqo atau Muhamad Imran Khairil, 30, berkata kejadian itu memberikan banyak pengajaran buat dirinya malah memilih lebih berwaspada dalam melakukan sesuatu tindakan.
“Alhamdulilah saya menjalani kehidupan seperti biasa, makan dan minum cukup manakala emosi pun tidak terganggu sebaliknya saat ini lebih dekatkan diri dengan Allah dan menjadikan satu pengajaran buat saya. Saya sangat bersyukur kerana dikurniakan isteri yang memahami dan memang betul itulah jodoh saya malah keluarga juga banyak membantu, tak sangka pertolongan ghaib Allah ini memang benar sebab Allah hadirkan ramai insan baik untuk mendekati saya,” katanya.
Aqo bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas lanjut berhubung isu pertuduhan mencederakan dua pereka fesyen iaitu Razman Razmi memandangkan kes ini masih lagi dalam siasatan. “Minta maaf sebab tak boleh nak ulas lanjut sebab masih lagi dalam siasatan,” ujarnya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.