Menghitung hari nak bersalin, Atikah Suhaime berharap ank perempuan kahwin dengan Putera Raja

Advertisements
Advertisements

Pelakon Datin Atikah Suhaime kini sedang menghitung hari menunggu kelahiran anak perempuannya tidak lama lagi. Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Atikah atau nama lengkapnya Nur Atikah Suhaime, 34, ketika menyambut ulang tahun perkahwinannya bersama suami, Datuk Lokman Teh. “Makan malam ulang tahun perkahwinan dan pendedahan jantina. Pastikan anda menunggu sehingga akhir untuk mengetahui jantina anak,” katanya di ruang kapsyen TikTok. Dalam perkongsian tersebut, Atikah dan suami menikmati makan malam romantik di sebuah restoran terkemuka di ibu kota. Klik sini untuk lihat video.

Semasa menikmati juadah yang dihidangkan oleh pihak restoran, Atikah berbincang dengan suaminya mengenai perancangan masa depan anak perempuannya yang bakal dilahirkan kelak. Malah, Atikah sempat berseloroh berharap anak sulungnya akan berkahwin dengan putera raja apabila dewasa. Sepanjang makan malam itu berlangsung, Atikah dihiburkan dengan pemain biola yang mendendangkan lagu romantik buat mereka.

“Sumpah saya terkejut! suami tempah pemain biola untuk makan malam kami. Dia tahu saya suka live band dan muzik,” ujarnya. Sekadar info, Atikah berkahwin dengan Lokman pada Januari tahun lalu dan terbuka untuk berkongsi berkaitan kehamilannya kepada umum pada September 2024.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *