Pempengaruh sensasi, Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud berharap kisah rumah tangganya dengan bekas suami, Jofliam, dapat diselesaikan dengan segera. Menerusi temu bual bersama, Cik Epal memberitahu dia berharap semua yang berlaku dapat diselesaikan dengan cara yang baik.
“Kita perlu berdamai dengan takdir dan bersyukur dengan apa yang terjadi, kerana saya rasa segala yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmahnya. Saya pun berharap perkara ini akan berakhir dengan cepat. Saya memang mahu semuanya selesai dengan cara yang baik. Jadi, saya harap selepas ini semuanya baik-baik sahaja.”
Cik Epal yang ditemui selepas majlis pengumuman duta Jakel Raya di Jakel Mall, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu, turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak Jakel kerana melantiknya sebagai salah seorang duta jenama berkenaan, walaupun dia tidak menganggap dirinya sebagai seorang artis.
“Saya sangat berbesar hati dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Feroz yang memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi Duta Jakel. Saya rasa sangat terharu dan bahagia kerana Datuk Seri mempercayai saya, walaupun saya rasa saya bukan seorang artis.”
Selain Cik Epal, Elly Mazlein, Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad, Anzalna Nasir, dan kumpulan Senario turut dilantik sebagai duta bagi kempen raya Jakel tahun ini. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.