Tular khabar angin Emma Maembong kahwin baru, sekali ini pula respon dari Chacha Maembong

Advertisements
Advertisements

Pelakon Chacha Maembong terkejut apabila mendengar khabar angin khabar angin kononnya kakaknya, Emma Maembong sudah berkahwin dengan seorang deejay kelab malam. Chacha atau nama penuhnya Siti Aishah Ismail berkata, dia memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai dakwaan tersebut. Akui aktres berusia 28 tahun, dia sendiri tidak tahu dan belum mengetahui kesahihan dakwaan tersebut.

“Macam ni, sejujurnya saya memang tidak tahu tentang gosip itu dan daripada mana spekulasi ini boleh timbul. Saya tak berani nak beri sebarang komen. Sebab saya tak pernah dengar tentang perkara itu, lebih baik saya tidak cakap apa-apa, nanti lain pula jadinya. Saya sendiri pun baru sahaja pulang kerja dan kini berada di rumah untuk beristirehat,” katanya. Terdahulu, timbul dakwaan mengatakan Emma sudah berkahwin dengan seorang deejay dikenali sebagai DJ Kidd selepas berpisah dengan bekas suaminya, Muhammad Shazli Azhar.

Emma dan lelaki berkenaan juga didakwa bercuti bersama di luar negara berdasarkan beberapa gambar yang tular dalam media sosial. Sebelum ini, Emma merahsiakan tarikh sebenar perpisahannya bersama Shazli, namun mengumumkan pada 7 Oktober tahun lalu. Sehingga kini, usaha untuk mendapatkan penjelasan daripada mengenai dakwaan tersebut masih gagal apabila panggilan telefon tidak dijawab.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *