Ada yang pertikaikan hantar ank ke sekolah kerajaan, ini pula jawapan dari Nad Zainal

Advertisements
Advertisements

Tak hantar anak ke sekolah swasta? Pelakon Nad Zainal yakin dengan keputusan yang dibuatnya dengan menghantar anak lelaki, Fahad Ibrahim Muhammad Faliq ke sekolah kerajaan. Menerusi perkongsian di TikTok, aktres berusia 34 tahun itu dilihat membuka mulut dengan isu yang berbangkit mengenai keputusannya menghantar anak ke sekolah kerajaan.

Menurut Nad, pendidikan awal adalah bermula dari rumah. “Ramai yang tanya saya kenapa tak hantar anak sekolah swasta. Jawapannya mudah. Jimat dan saya yakin hantarlah mana-mana sekolah, didikan dan disiplin awal dari rumah,” jawab Nad Zainal menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam. Kata Nad lagi, suaminya yang juga aktor Ungku Ismail amat menitikberatkan pendidikan terutama di rumah dan tidak pernah menganggap Fahad dan Budi Kalsom seperti anak tiri, sebaliknya anaknya sendiri.

Tegas Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin, apa yang penting adalah ibu bapa perlu mengikut kemampuan masing-masing dan akui ramai yang berjaya datang daripada ‘produk’ kerajaan. Sekadar info, Nad Zainal mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Ungku Ismail pada 23 Januari 2022 dan memiliki cahaya mata sulung pada 10 Oktober 2023.

Untuk rekod, Nad pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq pada 19 Disember 2015 namun mengesahkan sudah berpisah pada sekitar September 2022. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang zuriat iaitu Fahad Ibrahim, 8, dan Budi Kalsom yang kini berusia empat tahun.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *