USAHAWANÂ dan pempengaruh media sosial, Jofliam, mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat bersama Dewi atau nama sebenarnya Emira Delyati. Pengumuman itu dibuat Jofliam menerusi akaun Instagram miliknya pada tengah malam Selasa, sambil mengakui dirinya kini sedang menjalinkan hubungan cinta bersama wanita berkenaan.
“Saya memang sedang bercinta dan sedang bahagia. Ya, juga saya akan bernikah dalam masa terdekat. Jadi ada piza percuma untuk semua,” tulisnya. Bagaimanapun dalam posting sama Jofliam menafikan dakwaan yang mengatakan dia dan Dewi tinggal serumah. Menurutnya, Dewi yang juga salah seorang stafnya hanya datang ke rumah untuk urusan kerja dan tidak pernah bermalam di sana.
“Seumur hidup baru tahu bila sudah berpisah boleh ‘curang’ lagi. Apa beza masuk rumah lelaki, tandas lelaki, dan masuk bilik tidur lelaki? Berdua-duaan dengan lelaki sampai 5 pagi? Yang ada pun semua (kejadian) selepas berpisah. Ya, Dewi selalu datang tapi tak pernah tidur di rumah saya dan bersekedudukan. Pembantu rumah pun ada. (Dewi) Datang pun bila masa nak bekerja,” jelasnya bagi menjawab spekulasi tersebut.
Dalam satu hantaran lain di Instagram, Jofliam turut berkongsi tangkap layar akaun media sosialnya yang kini hanya mengikuti satu akaun, iaitu milik Dewi. Sebelum ini, nama Jofliam menjadi perhatian susulan pertelingkahan mulut antara dia dan bekas isterinya, Cik Epal, di sebuah pusat perubatan ketika anak sulung mereka sedang dirawat.
Selepas kontroversi itu reda, kedua-dua mereka kembali memberi tumpuan kepada perniagaan masing-masing. Malah, Cik Epal kini dilaporkan sedang dalam proses menerbitkan lagu baharu selepas berpisah tiga bulan lalu. Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 sebelum berpisah pada 9 Oktober tahun lalu selepas sedekad bersama. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Han dan Yuki.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.