Bukan calang calang orang, kawan baik dedah lelaki kurang upaya merupakan peljar terbaik SPM 1995 Negeri Terengganu

Advertisements
Advertisements

Seorang lelaki yang mengaku sebagai kawan baik kepada lelaki orang kelainan upaya (OKU)  telah dipukul dalam kejadian di Kemaman, Terengganu pada Jumaat mendedahkan latar belakang Ahmad Nor Al Faizan Jusoh atau lebih dikenali sebagai Paijang. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Akbar Azmi di laman TikToknya, dia berkata Ahmad Nor merupakan pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 1995 Negeri Terengganu.

“Masa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 1995, Paijang ni pada waktu tu dinobatkan sebagai pelajar cemerlang Negeri Terengganu, bukan setakat pelajar cemerlang sekolah Menengah Kebangsaan Sheikh Abdul Malek sahaja. Selepas SPM kebiasaannya kita akan mohon UPU untuk melanjutkan pengajian di peringkat seterusnya. Tapi sewaktu keputusan pertama, dia tak dapat sambung belajar

Jadi, ketika panggilan kedua atau ketiga baru dapat masuk ke universiti di Kuala Lumpur, Bukit Antarabangsa salah satu pusat matrik kalau tak silap saya,” katanya. Bagaimanapun, Akbar Azmi mendakwa kegagalan panggilan pertama untuk melanjutkan pelajaran telah menyebabkan Ahmad Nor mengalami kemurungan. “Saya rasalah disebabkan peristiwa tersebut, macam kitalah kalau pelajar terbaik mesti akan rasa dapat belajar tempat yang terbaik tapi bila kita diuji panggilan pertama tu tak boleh pergi mana-mana. Paijang ni berasal dari keluarga yang susah, dia rasa bertanggungjawab untuk memperbaiki ekonomi keluarga jadi dia termasuk ke dalam kemurungan,” dakwanya. Klik sini untuk lihat video.

Dalam pada itu, Akbar Azmi memohon kepada orang ramai untuk terus memberi sokongan kepada rakan baiknya itu dalam menghadapi ujian hidup selain berharap keadilan akan memihak untuk keluarganya kelak. “Saya sebagai salah seorang kawan baik dia, menyeru kepada semua orang untuk menyokong Paijang ni walaupun mungkin dia tak akan jadi 100 peratus kembali normal tapi sekurang-kurangnya kita sokong dia,” tambahnya lagi. Terdahulu, tular di media sosial seorang lelaki OKU telah dikasari oleh sekumpulan individu tanpa belas ihsan selepas terlanggar gerai makanan di tapak Pasar Tani Padang Astaka Chukai pada Jumaat.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *