Teruk kena kritik dengan warganet sebab bagi nafkah 3 sen, sekali wanita ini tampil bongkarkan cerita sebenar

Tindakan seorang lelaki ini telah mengundang kritikan ramai apabila dia tergamak memberi nafkah bulanan untuk anaknya sebanyak 3 sen. Perkara itu dikongsikan oleh bekas isterinya yang turut memuat naik tangkap layar maklumat transaksi perbankan yang tertera ‘Nafkah Nayla December 2024’. Menurut wanita itu, bekas suaminya itu cuba menyakiti hatinya namun itu tidak mematahkan semangatnya sebagai seorang ibu. Klik sini untuk lihat video.

Susulan tular video yang dikongsikan wanita itu, sebuah stesen radio tempatan telah menghubunginya untuk mengetahui kisah di sebalik kejadian terbabit. Menurut wanita berkenaan, ketika itu tahap kesabarannya sudah sampai hadnya kerana sudah penat menerima hinaan dan cacian daripada bekas suami. Katanya, bekas suami mempersoal tindakannya menghantar anak dekat pengasuh yang tidak berdaftar.

Bagaimanapun, dia menyindir bekas suaminya kerana memberi nafkah yang tidak sepadan dengan kehendak lelaki itu. “Jadi saya cakaplah dengan dia, awak ni complain macam awak bagi RM3,000 sebulan tapi awak bagi 3 sen je.” Akibat sindiran itu, bekas suaminya membalas dengan memberi transaksi nafkah yang berjumlah hanya 3 sen. “Sebenarnya saya berseloroh masa tu sebab untuk tahun 2024, jumlah nafkah yang diberi bagi saya tak logiklah,” katanya.

Dalam pada itu, Pak Nil selaku penyampai radio itu menasihati tidak perlulah menjadikan nafkah anak sebagai senjata untuk membalas dendam kerana pada akhirnya yang menjadi mangsa adalah anak sendiri. Selain itu, dalam Islam juga menekankan walaupun pasangan suami isteri sudah berpisah, namun bekas suami masih perlu bertanggungjawab memberi nafkah kepada bekas isteri dan anak-anaknya.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *