Momen menyayat hati ini pasti meninggalkan kesan yang mendalam buat rakyat Malaysia terutama ahli keluarga yang terlibat dalam kejadian Malaysia Airlines (MAS) MH370. Menerusi satu sesi temu bual bersama Ubai Sentral, pemilik nama Nurshahila Amir Hamzah mendedahkan bahawa dia nyaris berada dalam pesawat MH370 semasa berada di Beijing, China. “Waktu itu saya tengah shooting untuk satu program nyanyian.
Apa yang saya ingat, sepatutnya saya pulang ke Malaysia dengan menaiki pesawat MH370. Tapi sebab ketika itu, saya sangat penat. Saya maklumkan pada manager untuk stay di Beijing satu malam lagi.” Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu ‘Patah Seribu’ itu memaklumkan bahawa dia menerima pelbagai kritikan melalui aplikasi Weibo.
“Pagi itu, saya tengok berita tentang kejadian pesawat MH370. Lepas kejadian itu, saya terus tak boleh tengok berita tentang pesawat. Sebagai rakyat Malaysia yang berada di China ketika itu, bukan sesuatu yang mudah. Artis Malaysia yang ada dalam aplikasi Weibo, memang kena kritik.” Difahamkan, kebanyakan mngsa di dalam pesawat MH370 itu merupakan rakyat negara China.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.