Tular video jurugambar selamba je tolak pengantin dalam parit, sekali ini pula respon butik pengantin

Advertisements
Advertisements

Tular di laman TikTok, sebuah video yang memaparkan seorang jurugambar menolak pengantin lelaki ke dalam parit ketika sesi fotografi. Menerusi video yang dimuat naik, jurugambar dan pempengaruh yang dikenali sebagai Shaffat itu dilihat sedang mengambil gambil sepasang mempelai di atas sebuah titi kecil. Dia kemudian memberikan arahan kepada pasangan pengantin tersebut untuk melihat ke arah depan. Klik sini untuk lihat video.

Tiba-tiba jurugambar terbabit bertindak menolak pengantin lelaki dari belakang sehingga jatuh ke dalam parit. Tidak berdiam diri, pihak butik pengantin yang menyewakan baju tersebut tampil meluahkan rasa kesal dengan tindakan jurugambar berkenaan. “Kenapa jurugambar buat macam tu? Itu baju saya. Rosaklah tanjak basah macam tu. Tanjak dan aksesori tak boleh kena air. Allahu, sudahlah pengantin pakai baju baru.”

Tinjauan mendapati Shaffat kemudian memohon maaf kepada pihak butik tersebut dan bersedia untuk membayar ganti rugi. “Saya nak minta 1000 kemaafan atas apa yang terjadi di atas kecuaian dan kesilapan kami. Saya sudah hubungi pengantin. Saya harap pihak butik boleh maafkan kami dan ganti rugi kerosakan kita boleh berbincang.” Sementara itu, pihak butik tersebut menegaskan bahawa kejadian itu bukan sengaja dirancang semata-mata demi konten seperti dakwaan segelintir warganet.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *