Tular sebuah video yang dimuat naik oleh isteri usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, iaitu Datin Seri Nur Shahida, yang memaparkan anak mereka, Qadejah El Zahra, kelihatan sangat cantik di usia remaja. Namun, dalam video tersebut, perhatian warganet lebih tertumpu kepada anak Datuk Seri Vida, iaitu Cik B, apabila mereka mula membuat perbandingan kecantikan antara kedua-duanya.
Terdapat segelintir warganet yang berpendapat Datuk Seri Vida tidak mahu anaknya kelihatan cantik seperti orang lain. Malah, mereka juga berasa simpati kerana Cik B dilihat seperti sukar untuk berjalan akibat tubuh badannya yang berisi. “Datuk Vida tak nak ke anak dia nampak cantik macam ni juga? Cik B mesti nampak cantik dan ayu kalau bertudung.” Bagaimanapun, terdapat juga komen positif yang diberikan kepada anak usahawan tersebut, dengan menyatakan bahawa setiap ciptaan Tuhan mempunyai kecantikan tersendiri.