Lepas beberapa bulan turun naik mahkamah, akhirnya Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku salah atas pertuduhan berkhlwt

Advertisements
Advertisements

SELEPAS beberapa bulan turun naik mahkamah, akhirnya pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies mengaku bersalah atas pertuduhan berkhalwat. Perkara itu disahkan oleh pihak Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media. Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 33, dan Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, membuat pengakuan itu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

Mereka sebelum ini mengaku tidak bersalah pada 3 Julai tahun lalu bagaimanapun menukar pengakuan bersalah melalui surat bertarikh 18 Februari lalu. “Pada tarikh sebutan lepas iaitu pada 17 Oktober tahun lalu, ditetapkan tarikh 20 dan 27 Februari lalu untuk sambung bicara selepas kedua-duanya mengaku tidak bersalah. Bagaimanapun, peguam syarie tertuduh melalui surat bertarikh 18 Februari lalu memaklumkan kedua-dua anak guam berhasrat untuk menukar pengakuan dan memohon kepada pihak mahkamah untuk pindaan tarikh pada 21 Februari.

Selepas pertuduhan dibacakan semula dan kedua-duanya menukar pengakuan kepada bersalah. Atas pengakuan bersalah itu, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah mensabitkan kesalahan ke atas kedua-keduanya dan menjatuhkan hukuman denda RM3,000 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda,” katanya. Ruhainies dan Aliff juga sudah membayar denda sebanyak RM3,000 setiap seorang berhubung kes khalwat mereka.

Sebelum ini, kedua pelakon itu dituduh di bawah seksyen 27 (a) dan 27 (b) Akta Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta559], atas kesalahan berkhalwat. Pada 9 Mac tahun lalu, media melaporkan artis berstatus suami orang dan pasangannya, seorang pelakon wanita, dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.  Susulan kes terbabit, Aliff dan bekas isterinya, Bella Astillah yang mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016, bercerai talak satu pada 13 Jun tahun lalu.

Mereka dikurniakan dua anak iaitu Mohamad Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna, 5. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *