Pelawak Along Cham mendakwa dia merupakan perkahwinan ketiga isterinya, Afreena Suhaimi disamping turut mengakui silap meneruskan pernikahan itu walaupun telah dilarang ibunya. Menerusi satu hantaran di TikTok, buletin.tiktok telah memuat naik potongan video memaparkan temubual antara Along dan pelakon Didie Alias di rancangan D’Apetu Show. Menurut Along, sebelum berkahwin, ibunya telah melarang namun dia tidak mendengar nasihat itu kerana dibutakan dengan cinta terhadap isteri. Klik sini untuk lihat video.
![](https://apampink.net/wp-content/uploads/2025/02/4B781095-362A-4667-836A-15F74E3A7178-195x300.jpeg)
Katanya juga, dia meneruskan hubungan itu walaupun menerima beberapa maklumat mengenai isterinya yang kurang enak didengari kerana sudah meletakkan kepercayaan penuh kepada Afreena. “Saya silap kerana membelakangkan ibu saya. Dia dah melarang saya sebelum ni, tapi cinta itu membutakan dan saya pun terpedaya dengan kata-kata dia. Ada sebenarnya info-info saya dapat bila ada yang tahu saya berkawan dengan dia. Tapi pada saya, bukan tugas kita untuk mengorek kisah silam seseorang,” katanya.
Dakwanya, Afreena memaklumkan kepadanya bahawa dia pernah bernikah namun perkahwinannya bersama Along adalah yang kedua. “Apa yang dia cakap pada, saya ni perkahwinan kedua dia. Tapi bila saya daftar nikah, Pejabat Agama Sepang dah periksa nama dia dan saya ni perkahwinan ketiga dia. Depan pegawai agama tu saya telefon dia untuk sahkan saya perkahwinan ketiga dia tapi dia bersumpah dan menidakkan perkara itu.
Jadi saya tanya kepada pegawai agama, kalau saya teruskan, apa-apa pertukaran tak jadi kahwin boleh kan? Pegawai agama tu kata boleh jadi saya teruskan,” ujarnya. Pada masa yang sama, Along turut mempersoalkan tindakan bapa mentuanya yang tidak menceritakan hal mengenai perkahwinan anaknya walaupun mengetahui perkara sebenar. “Apa maksud gentleman dari bapa mertua saya sedangkan dia tahu apa yang berlaku pada anak dia sebelum tu?” soalnya.
Dalam pada itu, Along turut menafikan dia tidak pernah mendakwa zuriat yang dikandung oleh Afreena bukan dari benihnya sendiri. Katanya, dia hanya mengetahui isterinya berbadan dua selepas dimasukkan ke dalam penjr menerusi seorang warden perempuan. Bagaimanapun, Along berkata dia hanya mempersoalkan bagaimana isterinya tahu dia sedang mengandung sedangkan ujian kehamilan di rumah mereka langsung tidak disentuh.
“Bila masa saya ada buat pengakuan dari mulut saya yang tak mengaku tu bukan anak saya? Dia hebahkan benda ni kepada warden penjara perempuan dan warden tu maklumkan kepada saya. Cuma saya terfikir, ujian kehamilan di rumah memang tak buka sehingga saya keluar penjara dan balik rumah. Soalan saya, ujian kehamilan mana yang dia guna untuk sahkan dia mengandung,” katanya.
Pada 28 Januari lalu, Along telah hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya untuk memfailkan lafaz takik terhadap isterinya. Perkara tersebut telah mengejutkan ramai kerana tindakan itu diambil selepas sehari dia dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Mahkamah Sesyen Sepang atas satu pertuduhan memiliki bahan terlarang yang disyaki kanabis. Along mendakwa isterinya telah melanggar beberapa perjanjian dalam perkahwinan mereka.
Sekadar info, Along dan Afreena mendirikan rumah tangga pada 4 April 2024 dan ini merupakan perkahwinan kedua buat mereka. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.