TIDAK sampai 24 jam selepas jnzh Hud Aryan dikebumikan, polis Kelantan memaklumkan mereka akan menyiasat ibu bapa kanak-kanak itu. Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, siasatan dilakukan kerana pihaknya mendapati terdapat unsur tidak logik dalam kematian kanak-kanak itu. “Saya mengarahkan Ketua Polis Daerah Tanah Merah untuk menyiasat ibu ayah, ahli keluarga serta penduduk setempat. Mungkin dipercayai ada unsur kecuaian,” katanya kepada pemberita menerusi sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kelantan pada Khamis.
Mereka dijangka merakam keterangan pada hari ini. Dalam pada itu, Mohd Yusoff berkata hasil bedah siasat pada Rabu tidak menemui sebarang unsur jnyah atau kecederaan. Setakat ini, polis tidak membuka sebarang kertas siasatan. Pemergian kanak-kanak itu diklasifikasikan sebagai mti mengejut. Untuk rekod, Hud Aryan yang berusia 19 bulan dilaporkan hilang sekitar pukul 7 malam, Isnin lalu. Selepas tiga hari pencarian, mayat kanak-kanak itu ditemukan tersangkut pada pokok di tebing muara sungai di Kampung Kerila pukul 4.20 petang, Rabu.
Jenazah kanak-kanak itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Aira Kuala Tiga, Tanah Merah, Kelantan pada awal pagi Khamis. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.