Anak kepada usahawan popular, Datuk Seri Vida iaitu Cik B sekali lagi menyorot perhatian warganet kali ini dengan pakaian yang digayakannya. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Cik B dilhat sedang mempromosikan jualan kurma bersama usahawan Datin Shahida dan anaknya Qadejah. Paling menarik perhatian, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen mengenakan baju kurung berwarna merah jambu. Klik sini untuk lihat video.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji penampilan anak gadis berusia 20 tahun tersebut yang dlihat semakin ayu. “Comel Cik B pakai baju kurung.” “Cik B semakin cantik, seronok tengok awak.” “Cantiknya baju Cik B, ini baru betul gadis Melayu. Alhamdulillah suka tengok.” “Cik B tunggu la dia dewasa sikit, mesti ‘glow up’.” “Bila berkawan dengan anak Datin Shahida, Cik B comel je berpakaian ‘gegirl’.”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.