Pempengaruh terkenal, Cik Epal, mengakui dia perlu memperjuangkan hak penjagaan anak-anaknya, Han dan Yuki. Menurut Cik Epal, dia terpaksa mengambil tindakan sedemikian kerana pihak Jofliam tidak memberikan kerjasama dalam memastikan hak yang sepatutnya menjadi miliknya. “Sebenarnya, raya tahun ini saya sepatutnya bersama anak-anak saya, tetapi disebabkan ada pihak yang tidak memberi kerjasama, saya terpaksa bertindak untuk mendapatkan hak saya semula,” katanya.
Tambahnya, keputusan untuk membawa kes ini ke mahkamah dibuat atas persetujuan dirinya sendiri bersama peguamnya. “Persetujuan untuk saya hadir ke mahkamah adalah atas permintaan saya sendiri dan juga peguam saya,” jelasnya. Oleh itu, Cik Epal berharap segala urusannya dipermudahkan dan dia dapat bertemu semula dengan anak-anaknya. Dalam pada itu, pempengaruh tersebut turut menzahirkan rasa terima kasih kepada warganet yang sentiasa menyokong dan mendoakan yang terbaik untuknya.
Dia berharap segala doa baik yang diberikan kepadanya turut berbalik kepada mereka yang mendoakannya. “Saya harap segala urusan saya dipermudahkan dan saya dapat bertemu semula dengan anak-anak saya serta kami dapat bersatu kembali suatu hari nanti. Saya sangat berterima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong saya sejak dahulu hingga sekarang, dan saya amat menghargai segala doa yang diberikan. Saya berharap doa-doa baik yang ditujukan kepada saya akan kembali kepada semua orang,” luahnya.
Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.