Anggap video permohonan maaf tak ikhlas, Ellie Suriaty sanggup pergi ke hospital untuk jumpa dengan ibu Imran Bard

Advertisements
Advertisements

PELAKON dan pengarah Ellie Suriaty tegas dengan pendiriannya mahu ibu dan bapa kepada pempengaruh media sosial iaitu Imran Bard tampil memohon maaf.  Malah Ellie atau Ellie Suriaty Omar, 54, berkata dia sendiri sanggup datang bertemu sekiranya benar seperti yang dimaklumkan oleh Imran bahawa ibunya kini sedang menerima rawatan di hospital. 

“Ibu dia di hospital mana? Biar saya sendiri yang pergi ziarah. Kalau orang sakit elok untuk pergi ziarah. Saya tetap tuntut ibu bapa dia mohon maaf,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat. Ellie diminta mengulas respons yang dibuat Imran selepas dia mengadakan sidang media berhubung isu berkenaan pada petang Khamis.  Dia bagaimanapun enggan menerima permohonan maaf Imran kerana menganggap kenyataan menerusi hantaran video yang dibuat tidak ikhlas. 

“Saya tak harap permohonan maaf dari dia. Video itu nampak dia macam tak ikhlas.  Dia yang buat content aibkan nama saya. Jadi kenapa perlu saya jumpa dia dan bertanya? Lebih baik saya jumpa ibu bapa dia,” ujarnya.  Dalam pada itu, Ellie juga menyedari timbul pelbagai tanggapan daripada netizen selepas dia tampil meluahkan rasa kurang senang terhadap video dimuat naik Imran itu. 

Malah sebagai orang berpengalaman dalam dunia seni, Ellie tidak melihat kandungan video yang dibuat oleh Imran itu merupakan satu parodi atau hiburan.  “Orang kutuk dan maki, tetapi mereka tidak duduk dalam situasi saya. Cuba bayangkan jika ibu bapa mereka diperkatakan sebegitu.  “Apa yang dia buat bukan parodi. Jangan guna terma parodi jika tidak faham maksud,” tegasnya. 

Pada petang Khamis, Ellie mengadakan sidang media meluahkan rasa kurang senang dengan salah satu kandungan video dihasilkan Imran yang dianggap telah mencemarkan namanya.  Justeru itu, Ellie menuntut ibu bapa Imran bertemu dengannya dan memohon maaf atas kelakuan pempengaruh tersebut. Dalam kandungan video berkenaan, Imran berseloroh seolah-olah menjadi juri sebuah pertandingan nyanyian dan menyebut nama Ellie termasuk bercakap kononnya mengambil bahan terlarang.

Selepas Ellie mengadakan sidang media mengenai perkara itu, Imran tampil memberi respons dan memberitahu ibunya kini sedang menerima rawatan dan tidak boleh berjumpa untuk memohon maaf. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *