DUA kali gagal dalam perkahwinan, pandangan dan kriteria pelakon dan penyanyi Erra Fazira terhadap pasangan idamannya juga sudah berubah. Erra atau Fazira Wan Chek, 51, berkata, sekiranya dipertemukan jodoh, dia berharap dapat seorang suami yang mempunyai sasaran sama iaitu mencari pengakhiran baik dalam hidup.
“Biarlah sasaran hidup kita sama iaitu mahukan landing period (pengakhiran). Bukannya mencari pasangan yang masih mengejar dunia sangat. Kalau boleh kita nak ‘landing’ yang sama, saya pun masih belajar. Saya tidak mengharapkan pasangan yang ada ilmu hebat. Tidak. Kalau dia (pasangan) pun sama macam saya nak belajar landing, mari kita buat sama-sama. Penanda aras untuk lelaki itu cukup sekadar sederhana tetapi mendamaikan,” katanya.
Dalam pada itu, Erra berharap sekiranya dia bertemu jodoh sekali lagi, pelakon filem Sembilu ini mengimpikan perkahwinan tersebut adalah terakhir buatnya. Kata Erra, tiada individu mahu mendirikan rumah tangga hanya untuk mengecap bahagia buat sementara dan akhirnya berpisah. “Siapa sahaja melangkah kaki ke alam rumah tangga, pasti ada impian mahukan inilah (perkahwinan) yang terakhir, terbahagia dan segalanya indah. Begitu juga dengan saya.
Andai saya melangkah sekali lagi ke gerbang perkahwinan, jumpa pasangan yang tepat… Biarlah ini yang terindah dan membawa hingga ke akhir hayat. Itu impian saya. Tidak ada orang yang berumah tangga hanya meletakkan sasaran untuk hidup bersama dalam dua tiga tahun. Apa pun macam saya cakap, saya selalu percaya pada aturan Allah,” ujarnya.
Untuk rekod, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan usahwan Engku Emran pada 25 Oktober 2007, namun mereka disahkan berpisah pada 18 Februari 2014. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Engku Aleesya yang kini berusia 16 tahun. Sebelum itu, Erra pernah berkahwin dengan penyanyi Datuk Yusry Abdul Halim pada 2003, namun berpisah pada 2006.
Erra bagaimanapun tidak dikurniakan cahaya mata ketika bersama Yusry. Ketika ini, Erra dilaporkan sedang berkawan rapat dengan seorang usahawan iaitu Ezwan Zain. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.