Selagi tak pasti jangan kongsi, Fikry Ibrahim akui dia bukan kena kahwin paksa

Advertisements
Advertisements

Pelakon dan pelawak Fikry Ibrahim tidak berniat untuk merahsiakan berita perkahwinan dengan piliha hati, Khalizah pada Rabu. Menerusi potongan klip siaran langsung Melodi, pemilik nama Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim berkata dia menunggu majlis perkahwinan selesai terlebih dahulu. Menurutnya, perkara yang tidak pasti sebaiknya tidak dikongsi terlebih dahulu.

“Saya percaya benda yang baik, selagi tidak pasti jangan kongsikan. Jadi saya tunggu sampai selesai, Alhamdulillah perkara yang baik.” Menjawab tentang spekulasi kahwin paksa, pengacara Melodi berusia 30 tahun itu menafikan dakwaan tersebut. Ujarnya, pelbagai perkara yang difikirkan ketika itu setelah sah bergelar seorang suami. “Ini bukan saya buat drama TV3. Mungkin pada ketika itu adalah beberapa benda yang saya fikir.

Termasuklah menjadi seorang suami, tanggungjawab sangat besar dan kena adil. Saya ada seorang ibu dan seorang isteri sekarang ini. Adil itu bukanlah sama rata tapi meletakkan hak pada tempatnya.” Dalam pada itu, Fikry memaklumkan isterinya kini sedang berada di Kedah menjaga ibu mentua dengan ehsannya sendiri.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *