Pegang prinsip hidup yang sama, Hanis Zalikha bersyukur sebab dapat suami macam Hairul Azreen

Advertisements
Advertisements

MEMEGANG prinsip hidup yang sama merupakan antara sebab pelakon Hanis Zalikha bulat hati memilih aktor Hairul Azreen sebagai suaminya 10 tahun lalu. Hanis atau Hanis Zalikha Zainal Rashid, 35, bersyukur kerana dipertemukan dengan Hairul yang disifatkan sebagai sekufu dalam pegangan hidup. Malah katanya, Hairul, 37, bukan sahaja tidak merokok dan menjauhi perkara terlarang tetapi juga sarat dengan sikap pemurah dan mempunyai empati terhadap orang lain.

“Satu perkara yang akan sentiasa sama ialah prinsip hidup. Saya sangat mementingkan perkara ini apabila memilih suami pada masa itu. Saya bersyukur dipertemukan dengan seorang lelaki yang tidak merokok, minum (alkohol), mengambil bahan terlarang dan terlibat dengan duit haram. Kami memiliki pandangan hidup yang sama iaitu murah hati dan empati,” katanya.

Hanis berkongsi perkara itu sebagai menjawab pertanyaan netizen mengenai keyakinannya terhadap Hairul sebagai suami walaupun mereka memiliki perbezaan. Dalam pada itu, pemilik jenama fesyen Cakenis itu turut berkongsi mengenai hubungan istimewa yang terjalin antara dirinya dan Hairul sebelum berkahwin. Ketika itu kata Hanis, mereka sangat menyukai antara satu sama lain dan rakan-rakan menjadi saksi tentang percintaan mereka.

“Saya tidak rasa orang akan faham bagaimana saya menyimpan perasaan terhadap dia (Hairul) dan dia pun berbuat perkara yang sama. Kami sangat gila dalam percintaan. Rakan-rakan kami pun menyaksikan betapa gilanya kami antara satu sama lain,” ujarnya. Untuk rekod, Hanis dan Hairul mendirikan rumah tangga pada Jun 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 9, dan Alisa Aisyah yang kini berusia enam tahun.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *