Buat konten yang memalukan Malaysia, Michael Ang gesa pihak berkuasa Indonesia untuk sumbat sekumpulan pempengaruh dlam pnjara

Advertisements
Advertisements

Penerbit dan pengarah terkenal, Michael Ang gesa pihak berkuasa Indonesia untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap sekumpulan pempengaruh yang membuat berita palsu berkaitan kehilangan rakan mereka di dalam hutan di Bandung, Indonesia, baru-baru ini. Menurut Michael, permohonan maaf sahaja tidak mencukupi bagi menutup kesalahan yang telah dilakukan kerana tindakan tidak bertanggungjawab mereka itu telah mencemarkan nama baik Malaysia.

“These idiots memalukan Malaysian, nak buat content pun tak akan la sampai menipu. Mana otak? Dah buat salah sekadar minta maaf? Sorry la, bapa-bapa polis Indonesia sila sumbat mereka dalam penjara ya, ajar sikit,” katanya. Bukan itu sahaja, Michael turut memohon Kementerian Komunikasi untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap kesemua pencipta kandungan tersebut yang sanggup menyebarkan berita palsu demi meraih penonton dan pengikut di media sosial.

“Kerajaan Malaysia sila tahan mereka bila balik Malaysia. Dah buat satu Malaysia malu ni, agak-agak la nak buat duit dan tambah pengikut. Mak ayah mereka ni tahu ke anak dia macam ni? Tiba masanya Kementerian Komunikasi ambil tindakan,” ujarnya lagi.

Terdahulu, pempengaruh media sosial dikenali sebagai Eyka yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu di dalam hutan di Bandung, Indonesia ditemukan selamat pada malam Rabu. Gadis berusia 22 tahun itu dijumpai kira-kira jam 10 malam dan penemuannya dikongsikan menerusi penstriman langsung TikTok @Arasz. Menerusi perkongsian tersebut, Eyka dilihat terbaring di kawasan semak samun dalam keadaan lemah.

Bagaimanapun, penyanyi rap Caprice mengesahkan kejadian itu adalah tidak benar semata-mata selepas dimaklumkan  oleh pihak agensi bakat yang mengatakan bahawa insiden tersebut adalah palsu. Tidak berdiam diri, Ammar Nazhan menafikan dakwaan tersebut selain memohon segelintir individu untuk berhenti menyebarkan tangkap layar perbualan tidak benar yang hanya mengundang kekeliruan serta salah faham orang ramai.

Pun begitu, segala spekulasi akhirnya terjawab apabila Polis Indonesia sahkan pempengaruh Malaysia, Ammar Mohd Nazhan dan Aras yang menghasilkan kandungan media sosial di Kota Bandung, Jawa Barat, Indonesia sebenarnya berlakon dan konten semata-mata.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *