Ramai yang minta teruskan jual jeruk, Datuk Aliff Syukri dah beri bayangan bakal keluarkan lagu raya

Advertisements
Advertisements

Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri beri hint lagu raya nyanyiannya bakal keluar tidak lama lagi susulan memuat naik video sewaktu sedang berada di studio rakaman. Menerusi TikTok Aliff Syukri, dia telah meminta orang ramai untuk menantikan lagu raya yang bakal dilancarkan tidak lama lagi bagi menghiasi Aidilfitri nanti. Dalam video tersebut, dapat dilihat yang usahawan berkenaan sedang bersungguh-sungguh merakamkan lagu raya barunya sambil dipantau oleh pihak studio rakaman. Klik sini untuk lihat video.

Lebih membuatkan pemilik nama sebenar, Aliff Syukri Kamarzaman terharu apabila dipuji sebagai penyanyi nombor satu Malaysia serta mempunyai suara yang bagus. Dia yang gembira dengan pujian ini menyatakan hanya mahu menampilkan bakat sedia ada dimana mempunyai suara yang merdu serta layak untuk mengeluarkan lagu sendiri.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dimana rata-rata mulai gusar andai kata Aliff Syukri meneruskan hasratnya untuk mengeluarkan lagu raya berkenaan. Mereka juga meminta supaya usahawan itu memberi fokus terhadap perniagaan jeruk mangganya sahaja kerana dilihat lebih menguntungkan termasuklah perniagaan kurma yang sedang dimulainya bersempena Ramadan tidak lama lagi.

Terdahulu, anak perempuannya, Qadejah El Zahra dan beberapa pempengaruh seusianya telah merakamkan lagu raya untuk dilancarkan pada Aidilfitri nanti. Potongan video sewaktu dia merakamkan lagu tersebut telah tular dan beberapa lirik lagu berkenaan mulai bermain di fikiran sesetengah warganet media sosial.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *