Personaliti media sosial, Imran Bard tampil membalas kenyataan pelakon Ellie Suriaty berhubung isu nama baik aktres itu tercemar sebagai anak seni dalam salah satu konten dimuat naik, baru-baru ini. Imran yang kini berada di kampung halaman berkata, ibunya tidak dapat memenuhi permintaan Ellie yang meminta untuk berjumpa dan membuat permohonan maaf seperti dipinta. Pempengaruh berusia 24 tahun itu menjelaskan ibunya kini sedang dirawat di hospital. Klik sini untuk lihat video.

“Sampai melibatkan ibu bapa… Mak saya dalam wad, tak boleh nak minta maaf sebab tengah masuk air, banyak wayar, atas katil. Jadi saya nak kena buat apa? Minta maaf makcik,” kata Imran Bard dalam sebuah video dimuat naik di TikTok, hari ini. Tambah Muhammad Al Imran Badaruddin, bukan nama Ellie Suriaty sahaja disebut dalam kontennya, malah ramai lagi selebriti veteran lain digunapakai.
“Tiba-tiba naik isu Ellie Suriaty nak mak bapak Imran Bard minta maaf. Saya tak tahu pula isu ini jadi besar. Kepada makcik Ellie Suriaty, janganlah fikir macam tu. Saya bukan mention nama makcik je, saya mention nama makcik lain juga, Fauziah Nawi, semua artis-artis veteran yang ada yang saya adore, saya masukkan je lah dalam konten. Bukan konten sensitif pun. Konten konon-konon jadi juri je,” katanya lagi.
Pada petang Khamis, Ellie Suriaty mengadakan sidang media meluahkan rasa kurang senang dengan kandungan dihasilkan Imran yang dianggap telah memperlekeh reputasi dibinanya lebih toga dekad sebagai anak seni. Ketika bertemu media, Ellie juga menuntut ibu bapa Imran Bard bertemu dengannya dan memohon maaf atas kelakuan pempengaruh itu. Dalam kandungan dimuat naik, Imran berseloroh dan menyebut nama Ellie sedang bercakap seperti sedang mengambil bahan terlarang.
Ellie memberitahu, dia telah pun membuat laporan polis terhadap Imran dan tegas memberi peringatan selain tidak menolak untuk mengambil tindakan saman termasuk memanjangkan laporan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM)
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.