Penyanyi Datuk Nora Ariffin difahamkan bakal berpisah untuk kali kedua bersama suami, Dr Rushdi Ramli. Menerusi perkongsian di Instagram Story, Nora berkata, keputusan itu dibuat bagi mengelakkan namanya menjadi bahan hinaan masyarakat. “Saya sedang memujuk ustaz untuk lepaskan saya buat kali kedua, supaya tiada kata-kata fitnah, caci maki, hasut menghasut masyarakat membenci, memburukkkan serta menjatuhkan nama saya di sosial media.”

Dalam pada itu, Nora turut memetik nama bekas madunya yang dikenali sebagai ustazah Rose. Nora memohon maaf kepada individu tersebut kerana menerima semula lamaran Ustaz Rushdi untuk rujuk kembali selepas mereka berpisah pada Ogos tahun lalu. “Saya mohon maaf kerana menerima lamaran dan berkahwin secara sah dengan ustaz. Setelah ustaz didesak lepaskan saya, ustaz kembali rujuk kepada saya. Saya mintak maaf kerana terima dan rujuk kembali.
Saya minta maaf kerana post gambar bersama ustaz. Saya sudah buang semua gambar-gambar berdua kami, yang ada cuma gambar ramai-ramai.
Tambah pelantun lagu Samudera itu lagi, selepas sahaja dia berpisah dengan suami, bekas madunya itu berhak untuk berkahwin semula dengan Ustaz Rushdi. “Saya akan penuhi permintaan dari Alia dari pada dulu lagi untuk kami bercerai. Insya-Allah, ustazah Rose akan kembali monogami seperti yang diinginkan.” Tertekan dengan masalah yang berlaku, Nora terfikir untuk menamatkan riwayat hidupnya demi memuaskan hati pihak tertentu.
“Mungkin kalau saya mti atau bnh diri, barulah dua beranak ini puas hati agaknya.” Pada September tahun lalu, Nora mengesahkan sudah rujuk semula dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli selepas sebulan mengumumkan perpisahan menerusi video dalam Instagram. Rushdi merupakan sahabat baik kepada suami Nora iaitu Allahyarham Johan. Johan yang juga komposer tersohor pergi menghadap illahi pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung pada usia 52 tahun.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.