Meskipun selebriti Indonesia Bunga Citra Lestari sudah menjalani kehidupan yang baru, namun pemergian suami Allahyarham Ashraf Sinclair tetap berbekas di hati. Menerusi perkongsian di laman Threads, Bunga memuat naik video ketika menziarahi pusara Asyraf bersama anak, suami dan keluarganya baru-baru ini.
Bunga atau lebih dikenali sebagai BCL, meluahkan rasa pilu yang dihadapinya selepas pemergian Asyraf malah tidak pernah melupakan rasa cinta kepadanya. “Lima tahun telah berlalu, namun pedihnya ketiadaanmu masih ada. Hidup tetap diteruskan, namun kami membawamu di setiap saat dan dalam setiap doa. Banyak yang telah berubah, tetapi cinta kami kepadamu tidak akan pernah berubah. Rindu yang tidak terkata, mencintaimu tanpa batasan dan diingati selalu.”

Dalam satu hantaran berasingan, pelantun lagu Cinta Sejati itu berkata, anak mereka Noah Aidan Sinclair kini kian membesar. “Lima tahun bukan waktu yang sebentar. Anak kita sekarang sudah menjadi remaja dan semakin tinggi. Dia pun muat pakai baju kamu. Jangan risaukan tentang kami, di sini ramai yang menjaga dan sayangi kami. Kami mendoakan kedamaian kamu yang abadi di sana.”
Untuk info, Bunga mendirikan rumah tangga bersama Ashraf Sinclair pada 8 November 2008 di Jakarta dan dikurniakan seorang cahaya mata, Noah yang kini berumur 14 tahun. Namun, mt memisahkan mereka apabila Ashraf pergi menghadap illahi pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung. Pada 4 Disember 2023, Bunga bernikah sekali lagi dengan Tiko Aryawardhana dalam sebuah majlis yang cukup meriah yang diadakan di Bali Indonesia.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.