Muat naik konten yang tak bermanfaat, Rita Rudaini beri nasihat kepada individu yang terlibat

Advertisements
Advertisements

Pelakon Rita Rudaini menegur individu yang bertindak menghasilkan kandungan tidak bermanfaat semata-mata ingin mendapatkan populariti murahan. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mohammad Mokhtar di Insta-Stornya, dia seolah-olah mempersoalkan perbuatan seseorang yang berkongsi kandungan berkaitan individu lain untuk menghiburkan diri sendiri.

Susulan itu, dia menitipkan nasihat kepada individu terlibat untuk mengutamakan adab dalam setiap perkara walaupun tidak memiliki ilmu tinggi dalam kehidupan. “Kenapa padam video content tu? Padam buat apa buat la banyak-banyak lagi hiburkan diri sendiri. Biar ilmu tak setinggi gunung, asal adab tak serendah tapak kaki,” ujarnya. Terdahulu, pelakon Filem Mami Jarum Junior itu menegur tindakan tidak beradab pempengaruh Imran Bard apabila membuat permohonan maaf dengan menggelarkan Ellie Suriaty sebagai ‘mak cik’.

Bukan itu sahaja, keadaan menjadi lebih ‘panas’ apabila Imran Bard didakwa memerli Rita dalam sebuah video berkaitan peserta nyanyian mengambil vaksin atau tidak. Walaupun Imran tidak menyebut nama mana-mana pihak, warganet menuduh pempengaruh itu seolah-olah ‘memetik’ nama Rita susulan teguran yang diberikan sebelum ini.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *