Tindakan ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mengambil berat terhadap waktu tidur penyanyi, Bella Astillah mengundang perhatian orang ramai. Menerusi video di TikTok, Saddiq menerangkan wallpaper telefon bimbit Bella telah ditukar kepada infografik peringatan berkaitan waktu tidur. “Ini handphone Bella, (wallpaper) ini adalah untuk mengingatkan supaya dia dapat tidur yang mencukupi.”
Saddiq berkata dia boleh mengetahui sama ada Bella mendapat tidur yang cukup atau tidak. Respons selamba yang diberikan oleh Saddiq membuatkan rakan-rakan Bella geli hati. Tidak dinafikan, keabraban yang dipamerkan mereka berdua membuatkan warganet berasa senang hati. Klik sini untuk lihat video.



Rata-rata warganet menyatakan puas hati apabila melihat video tersebut ekoran kemesraan yang ditunjukkan mereka. Sebelum ini, aktres berusia 31 tahun itu memilih untuk mengubah gaya hidupnya yang lebih sihat selepas Saddiq menasihatinya supaya mendapatkan tidur yang cukup untuk memiliki badan yang lebih sihat.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.